FEBRUARI 2025

Abang Johari Tinjau PPS Bintulu Hari Ini


BINTULU: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji  Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg meninjau Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Suarah di sini, pada Sabtu.

Sejurus tiba di Bintulu, Abang Johari melawat mangsa banjir dan menghulurkan segala bentuk keperluan asas yang diperlukan mangsa. 

Dalam pada itu, Datuk Patinggi Abang Zohari turut memuji komitmen yang ditunjukkan wakil rakyat termasuk di Bintulu dalam membantu mangsa banjir.

Dalam masa yang sama, Premier turut mengucapkan terima kasih kepada Residen Bahagian Bintulu, anggota polis, bomba, APM dan agensi lain yang telah bekerja keras membantu tanpa mengira masa.

Hadir sama Timbalan Premier Datuk Amar Professor Dr. Sim Kui Hian, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Menteri di Jabatan Premier Sarawak Dato Sri John Sikie Tayai, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Dato Majang Renggi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Iskandar Turkee, ADUN Tanjung Batu, Johnny Pang serta yang lain.